Kaedah 16. Pembaharuan Sijil Amalan Guaman Syarie
(1) Tiap-tiap permohonan bagi pembaharuan Sijil Amalan Guaman Syarie hendaklah dibuat kepada Jawatankuasa tidak lewat daripada satu bulan sebelum tamat tempoh Sijil itu.
(2) Permohonan hendaklah dibuat dalam Borang D dalam Jadual dan dikemukakan kepada Jawatankuasa.
(3) Fi bagi pembaharuan setiap Sijil Amalan Guaman Syarie adalah seperti yang berikut:
(a) jika permohonan dibuat dalam tempoh yang ditetapkan dalam subkaedah (1), finya ialah satu ratus ringgit;
(b) jika permohonan dibuat selepas tempoh yang ditetapkan oleh subkaedah (1) tetapi sebelum tarikh habis tempoh Sijil itu, finya ialah satu ratus lima puluh ringgit;
(c) jika permohonan dibuat selepas tarikh tamat tempoh Sijil itu, finya ialah dua ratus ringgit.